Get Adobe Flash player

Berita Labuan

an image    an image    an image


Rumah sewa 2 tingkat hangus
10 Jun 2012

Sebuah rumah sewa 2 tingkat hangus dijilat api dalam satu kejadian kebakaran yang berlaku sekitar jam 10.15 pagi tadi.

Menurut kenyataan Jabatan Bomba dan Penyelamat Labuan, pihaknya bergegas ke Jalan Pengkalan, Kampung Sungai Bedaun kira-kira jam 10.23 pagi setelah menerima panggilan kecemasan.

Kerja memadam api melibatkan 21 anggota bomba dari 3 buah Balai yang diketuai oleh Penolong Pegawai Bomba, Azlan Talin.

Demikian menurut kenyataan media Jabatan Bomba Dan Penyelamat Labuan.

Dalam kejadian itu, tiada kemalangan jiwa dilaporkan berikutan tiada penghuni rumah sewaktu kejadian.

Punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.

Kembali...